Assalamualaikum/Salam Sejahtera
YBhg. Prof. / Tuan/ Puan,
MAKLUMAN PENILAIAN PENGAJARAN STAF AKADEMIK DAN KURSUS SEMESTER I SESI 2015/2016
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Minggu Penilaian Pengajaran Staf Akademik dan Kursus bagi Semester I Sesi 2015/2016 untuk Program Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana (kerja kursus) akan berlangsung dari 23 November 2015 sehingga 13 Disember 2015. Proses penilaian ini akan melibatkan semua staf akademik termasuk pensyarah kontrak dan sambilan mengikut kursus yang ditawarkan pada semester ini.
3. Sehubungan itu, mohon jasa baik YBhg. Prof./ tuan/ puan untuk memaklumkan kepada semua pelajar yang berada di bawah selian YBhg.Prof./ tuan / puan untuk membuat penilaian pada tempoh masa yang ditetapkan. Proses kemasukan penilaian pengajaran dan kursus ini adalah menerusi http://spark.uthm.edu.my. Sebarang kesulitan boleh dikemukakan kepada En Hemmy bin Abd Jalal di talian 07-4537474 / 019-7965796 / hemmy@uthm.edu.my atau sila hubungi Penolong Pendaftar di fakulti / pusat masing-masing.
Adalah diharapkan perkara ini akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada pihak YBhg. Prof./ Tuan / Puan. Segala kerjasama daripada pihak YBhg. Prof./ Tuan / Puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yang benar,
PROF. MADYA DR AZME BIN KHAMIS
Dekan
Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel: 07-4537300
Faks: 07-4536334
E-mel: azme@uthm.edu.my
s.k - Profesor Dr. Hashim bin Saim
(Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa))