Thursday, October 8, 2020

NEW SESSION: 2020/2021 Semester 1

BDA 10803 SAINS BAHAN (MATERIALS SCIENCE)

Semester 1 Sesi 2020/2021

Penyelaras: 

Dr. Sharifah Adzila binti Syed Abu Bakar (adzila@uthm.edu.my)


Senarai Pensyarah

  1. PM Ts. Dr. Hamimah binti Abd Rahman (Seksyen 1/2) - hamimah@uthm.edu.my, 0197512707
  2. Tn. Hj. Mohamed Nasrul bin Mohamed Hatta (Seksyen 3/4) - mnasrul@uthm.edu.my, 0139345243
  3. Dr. Nur Azam bin Badarulzaman (Seksyen 5/6 & 7/8) - azam@uthm.edu.my, 0174071558
  4. Ts. Dr. Zakiah binti Kamdi (Seksyen 9/10) - zakiah@uthm.edu.my, 0136024375
  5. Dr. Sharifah Adzila binti Syed Abu Bakar (Seksyen (11/12 & 13/14) - adzila@uthm.edu.my, 0123971448
Nota: 
  • Seksyen 1/2 dan 5/6 akan dikendalikan bersama oleh Dr. Nur Azam & Dr. Hamimah.
  • Seksyen 3/4 dan 7/8 dan dikendalikan bersama oleh Dr. Azam & Tn. Hj. Nasrul.
  • Seksyen 9/10, 11/12 dan 13/14 akan dikendalikan bersama oleh Dr. Zakiah & Dr. Sharifah Adzila.
  • Seksyen 1-8, sila semak jadual kuliah dan google link DI SINI.




Saturday, August 11, 2018

Salam Merdeka Ke-61...


Keris sempena Ganja Iras, 
Bisanya empat puluh hari; 
Ke mana panglima muda berhias, 
Menegak adil membela diri.

Anak Keling anak Cina,
Ketiga dengan anak Melayu;
Jangan belayar angin tak kena,
Takut karam tenggelam lalu.

Apa bunyi berderang-derang,
Itulah bunyi kulit kerang;
Ingat bimbang zaman sekarang,
Sedikit yang betul banyak yang kurang.

Dari Melaka ke Singapura,
Kelip-kelip api di kota;
Jangan suka menanam bisa,
Kerap-kerap rosak binasa.

Dari Seremban ke Kuala Pilah,
Singgah sekejap membeli roti;
Kalau ada silap dan salah,
Janganlah simpan di dalam hati.

Sumber: Kurik Kundi Merah Saga, Dewan Bahasa & Pustaka

Friday, March 2, 2018

Semester 2 Sesi 2017/2018

Assalamualaikum...

Kursus BDA 10803 Sains Bahan (Material Science) pada semester ini akan dikendalikan oleh para pensyarah yang berikut:

  1. Prof. Madya Dr. Zawati Harun
  2. Dr. Ainun Rahmahwati binti Ainuddin@Nordin
Modul Sains Bahan boleh dibeli daripada Dr. Ainun (Pejabat Tapak JKR) dan Dr. Nur Azam (Blok D1-228) dengan harga RM10. Hanya tinggal sekitar 40-45 naskah dalam simpanan kami.

Sekian, terima kasih.

Thursday, January 4, 2018

It's over... it's done...

 Assalamualaikum...

Berakhirnya peperiksaan akhir BDA 10803 pada 1.1.2017 yang lalu maka semua pelajar telah menyelesaikan penilaian terakhir bagi kursus ini. Syabas atas segala komitmen dan susah-payah anda sepanjang mengikuti kursus ini. Moga Tuhan memberkati segala usaha anda selama ini. Sehubungan itu, ini adalah posting terakhir saya bagi kursus Sains Bahan dalam semester ini.

Untuk makluman, para pensyarah sedang menanda skrip peperiksaan akhir, di samping saki-baki skrip Ujian 2, Kuiz dan Tugasan Berkumpulan yang masih tertunggak. Oleh itu, segala markah akan dimasukkan ke dalam sistem SAS / SMAP secara berdikit-dikit. Insyaallah, semuanya akan diselesaikan dalam tempoh minggu-minggu peperiksaan ini. Sementara itu, para pelajar masih boleh berhubung dengan pensyarah masing-masing untuk sebarang perbincangan lanjut.

Bersempena posting terakhir ini, saya mewakili semua pensyarah yang bertugas bagi kursus Sains Bahan Sem. I Sesi 2017/2018 memohon maaf seandainya penyampaian kami tidak seperti yang anda impikan. Sesungguhnya kami tidak terlepas daripada kelemahan dan kekurangan. Moga Allah SWT memberi keampunan buat kita semua.

Akhir kata, khusus buat semua pelajar, kami ucapkan selamat maju jaya dalam pengajian di UTHM. Kami doakan agar anda dan seisi keluarga anda dirahmati Allah SWT dalam kehidupan ini dan kehidupan selepasnya.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi

Dari Kedah ke Nilam Puri,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Wassalam dan Selamat Tahun Baru 2018.

Dr. Nur Azam Badarulzaman
4 Januari 2017

Sem. 1 Session 2022/2023 - Closing Remarks

Assalamualaikum (1) Thank you for your cooperation throughout the semester. On behalf of all BDA 10803 lecturers, I would like to apologize ...